Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memuktamadkan pelan lantai dan reka bentuk Pusat Latihan baharu yang bakal dibina berhadapan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Menurut kenyataan rasmi, tanah di kawasan itu telah pun dibersihkan beberapa minggu yang lalu untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat latihan serba canggih ini yang akan menempatkan kesemua pasukan JDT bermula dari Akademi JDT hingga ke pasukan senior.

Lebih menarik, ia turut akan menempatkan sebuah bangunan dua tingkat yang berbentuk jata JDT yang dikelilingi dengan beberapa padang bola sepak ‘outdoor’.

Bangunan itu akan menjadi ibu pejabat pusat latihan dan turut dilengkapi kemudahan fasiliti seperti gimnasium, ruang-ruang pejabat, auditorium, pusat pemulihan, kolam renang, kafeteria, ruang makan dan padang rumput tiruan ‘indoor’.

Pusat Latihan JDT yang baharu ini turut akan menempatkan pasukan senior dan junior JDT, mempunyai stadium mini, asrama akademi belia, dua padang sintetik ‘outdoor’ dan beberapa padang bola sepak.

139187615_1919595364870420_2966651595016363947_o

FOTO: JST

Semua fasiliti JDT seperti Stadium Sultan Ibrahim, Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan pusat latihan baharu ini adalah hasil idea dan rekaan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Fasiliti latihan baharu JDT ini akan mempunyai ‘design’ unik yang akan menjadi satu kebanggaan kepada semua peminat JDT.

Ini adalah selari dengan sasaran untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai sebuah tarikan pelancongan dan pusat sukan dimana pengunjung boleh menikmati perlawanan bola sepak dan beriadah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah. 

JDT Rancang Bina Kolam Renang Di Stadium Sultan Ibrahim

JDT Lancarkan Pusat Medikal Dan Kecergasan Terbaharu Di Pusat Latihan Padang Seri Gelam

TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group