Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab Liga Super bagi meminjamkan pemain mereka untuk mengharungi baki saingan musim 2021.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pendahulu Liga Super itu sedang dalam perbincangan untuk meminjamkan pemain pertahanan, Syazwan Andik ke pasukan Sabah.

Syazwan Andik banyak beraksi bersama skuad JDT II dalam saingan Liga Perdana memandangkan La’Vere Corbin-Ong terlalu ampuh untuk dicabar di posisi pertahanan kiri.

Di JDT II, bekas pemain Kuala Lumpur City itu bersaing hebat dengan bekas pemain skuad B-19 tahun negara, Umar Hakeem bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal kelab, Alistair Edwards mengumumkan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super dan empat pasukan sudah dikenal pasti sebagai destinasi pemain iaitu Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.

Selain Syazwan, beberapa pemain lain dijangka turut dipinjamkan ke empat pasukan teratas seperti penyerang yang baru ditandatangani, Guilherme De Paula.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

CEO Melaka United Letak Jawatan, Zainal Abidin Kekal Sebagai Jurulatih

Lee Tuck Bakal Sertai Terengganu Secara Pinjaman

Sean Giannelli Harap Sinar Baharu Bersama UiTM FC