Juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu membina pusat latihan setempat bersaiz mega bersebelahan dengan stadium ikonik mereka iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana pusat latihan tersebut akan menempatkan skuad senior hingga ke akademi pasukan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membina pusat latihan baharu untuk menempatkan semua pasukan, dari skuad senior hingga Akademi JDT — bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik di Iskandar Puteri.

“Pusat Latihan JDT yang baharu ini, yang turut mempunyai padang bola sepak indoor bersaiz penuh, akan menyaksikan setiap pasukan JDT bakal mempunyai dua padang latihan dan kemudahan fasiliti yang serba canggih.

“JDT juga mempunyai perancangan untuk membina stadium mini dengan kapasiti dibawah 5,000 tempat duduk untuk Akademi JDT.

Ketika ini, padang Stadium Sultan Ibrahim sedang dalam pembaharuan, selain proses melengkapkan Fans Area dan mencantikkan lagi kawasan-kawasan di stadium yang serba canggih ini dilihat bukan sahaja mampu menarik minat penyokong ke stadium tetapi bakal menjadi satu tourist spot baru di negeri Johor itu sendiri.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:

TMJ Hanya Mahukan Yang Terbaik Di JDT, Padang Stadium Sultan Ibrahim Dalam Proses Pembaharuan Besar-Besaran

Netizen Thai: Liga Malaysia Tidak Mencabar Untuk Diogo, JDT Mampu Juara Lagi Dengan Pemain Sedia Ada

Diogo Luis Santo Kembali Ke Thailand, Camilo Da Silva Penyerang Baharu JDT Musim Depan