Peminat bola sepak tanah air meluahkan kekecewaan mereka di atas jauhnya prestasi Hazwan Bakri yang dianggap sebagai pemain harapan pasukan kebangsaan untuk mengisi posisi sebagai penyerang utama.

Rata-rata daripada mereka menyalahkan kelab Hazwan, Johor Darul Ta’zim yang dianggap tidak memberikan peluang yang cukup untuk pemain berusia 27 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama.

Namun, baru-baru ini JDT tampil dengan satu kenyataan yang menjelaskan mereka bukan punca utama jauhnya prestasi bekas pemain Selangor itu.

JDT

Sumber Gambar: JST

Menerusi satu post di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, JDT menegaskan Hazwan memiliki minit bermain yang banyak serta telah memenangi beberapa kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.

“Hazwan memiliki rekod sebanyak 4,297 minit sepanjang tiga musim di JDT dengan kemunculan penampilan seperti berikut:

Musim 2017: 31 penampilan, 7 jaringan gol, 5 ‘assists’

Musim 2018: 38 penampilan, 4 jaringan gol, 6 ‘assist’

Musim 2019: 8 penampilan, 1 ‘assist’. Secara keseluruhan, Hazwan telah membuat penampilan dalam 78 perlawanan untuk JDT.

“Hazwan juga telah memenangi tujuh trofi seperti 3 kejuaraan Liga Super Malaysia, 1 Piala Malaysia, 2 Piala Sumbangsih dan 1 Challenge Cup. Selain itu, beliau mendapat pendedahan berharga di pentas Asia kerana beliau telah bermain dalam 12 perlawanan Piala AFC dan 4 perlawanan peringkat kelayakan dan kumpulan Liga Juara-Juara AFC,” jelas JDT

Terdapat beberapa akaun media sosial yang mengeluarkan sindiran bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim adalah…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 13 October 2019

Akhir sekali, juara Liga Super musim 2019 itu turut menegaskan Hazwan ialah seorang jutawan dan beliau tidak perlu risau tentang gaji yang tidak dibayar seperti pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.

Apa pendapat anda mengenai merudumnya prestasi Hazwan Bakri? Adakah Johor Darul Ta’zim menjadi punca utama ataupun ada punca lain yang menyebabkan Hazwan tidak dapat menampilkan aksi terbaik? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Baca artikel lain mengenai Hazwan Bakri di sini:

Fadhli Shas Dan Hazwan Bakri ‘Diturunkan Pangkat’ Ke JDT II

Hazwan Sedia Buktikan Kemampuan Bersama Skuad Harimau Malaya

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group