Baru-baru ini, Harimau Selatan mengumumkan kemasukan 3 pemain import baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan dan benteng pertahanan pasukan itu. Malah, seorang lagi pemain dari Sepanyol bakal menyertai mereka dalam kem latihan pra musim di Dubai, UAE minggu depan.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan pasukan itu memerlukan skuad yang besar pada musim ini kerana mereka akan bersaing dalam empat kejohanan iaitu Piala FA dan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC, selain Liga Super Malaysia serta Piala Malaysia.

“Harimau Selatan berpotensi bermain 50 perlawanan pada musim 2022 bergantung kepada kemaraan ke pusingan terakhir dalam pertandingan Piala. Justeru, skuad besar yang berkualiti diperlukan untuk penggiliran pemain dan memastikan pasukan berada pada tahap optimum untuk semua pertandingan,” katanya.

Menurut Alistair, mereka juga akan melakukan sistem penggiliran pemain dengan JDT II sepanjang perlawanan dan tidak akan meminjamkan kepada kelab lain.

“Akan ada pemain yang terlibat dalam sistem penggiliran juga akan menyaksikan mereka bermain untuk JDT II untuk mendapatkan ‘match fitness’ dan memastikan mereka bersedia untuk pasukan utama pada bila-bila masa.

“Penggiliran bersama JDT II juga akan membantu perkembangan pemain muda yang beraspirasi tinggi di JDT II apabila mereka dapat menimba pengalaman berharga bermain bersama pemain yang lebih berpengalaman, sekali gus memastikan peralihan yang lancar ke pasukan senior seperti kisah kejayaan Arif Aiman ​​Hanapi dan Ramadhan Saifullah.

“Pemain yang terlibat dalam penggiliran dengan JDT II kekal sebagai sebahagian besar daripada perancangan pasukan utama atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, termasuk memastikan sesi latihan pasukan utama yang berkualiti tinggi dan intensiti tinggi. Oleh itu, kelab tidak dapat meminjamkan keluar pemain ini,” jelasnya.

JDT akan terbang ke UAE minggu ini untuk menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan menentang 4 kelab dari Eropah iaitu Spartak Moscow dan Rodina Moscow (Russia), Riga FC (Latvia) serta MSK Zilina (Slovakia).

Ini adalah kali kedua JDT melawat UAE untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020. Pandemik Covid-19 telah menghalang perancangan-perancangan untuk pra-musim yang berpangkalan di luar negara pada 2021

Baca artikel lain mengenai perpindahan pemain import dalam bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Fernando Forestieri Jadi ‘Peneman’ Bergson Da Silva Di Jentera Serangan JDT

Hyuri Henrique Calon Pemain Import Kelima Selangor

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang