JDT mengesahkan kejuaraan CIMB Liga Super 2020 dengan status ‘The Invincible’ selepas berjaya membelasah pasukan Melaka 5 gol tanpa balas di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Gelaran ‘The Invincible’ itu juga sebenarnya adalah buat kali ke-2 untuk pasukan JDT dalam tempoh 5 tahun terkini selepas melakukannya pada musim 2016 yang lalu dimana mereka menang dalam 18 aksi dan mencatatkan empat keputusan seri dengan mengumpul 58 mata.

Musim 2019, mereka nyaris melakukannya tetapi PJ City menjadi penghalang apabila berjaya menewaskan JDT pada perlawanan ke 21, dan musim 2020 ini mereka memastikan perkara itu tidak berlaku lagi.

Dengan tamatnya perlawanan terakhir liga untuk pasukan JDT, mereka akan melangkah masuk ke kejohanan Piala Malaysia 2020 dengan penuh bergaya sekali.

Sekiranya JDT mahu menyapu bersih semua kejuaraan musim 2020 ini, mereka perlukan kemenangan dalam 4 perlawanan saingan kalah mati TM Piala Malaysia 2020 untuk mengukuhkan status mereka.

Selaku juara bertahan kejohanan TM Piala Malaysia, JDT dilihat berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan itu tahun ini yang juga kejuaraan ke-3 selepas kelab itu ditubuhkan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

JDT Menuju ‘The Invincibles’ Kali Ke-2 Dalam Tempoh 5 Tahun, Mampukah Melaka Menghalang Pencapaian Ini?

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Ini Senarai ‘Owner’, Nama Syarikat Dan Pengarah 21 Buah Kelab Dalam Saingan Liga Super Dan Liga Premier Malaysia