Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan terdapat empat projek yang telah disenaraikan untuk beberapa minggu ini sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia musim 2021.

Menurut kenyataan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, mereka bakal memperkenalkan tiga pemain baharu diikuti dengan perasmian ‘JDT Cycling Studio’ yang kini dalam pembinaan.

Selain itu, JDT juga akan melancarkan jersi ‘Home’ dan ‘Away’ pada 24 Februari 2021 serta dokumentari khas mengenai kisah perjalanan kelab itu yang dinanti-nantikan dijangka akan disiarkan pada bulan ini juga.

Dokumentari ini difilemkan sejak 2019 dan diarahkan oleh Leon Tan (produser “War of the worlds: Goliath”) bersama pengarah filem terkemuka, Tony Pietra Arjuna.

Syarikat penerbitan yang berpengkalan di Singapura iaitu 108 Media dipilih sebagai pemegang hak jualan untuk siri dokumentari khas JDT bertajuk “Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers.”

118064957_1784367801726511_6587092926044597380_o

Ia mempunyai 5 episod menceritakan tentang kisah perjalanan JDT sehingga menjadi sebuah kelab bola sepak yang berjaya di Asia.

Berdasarkan carian di internet, 108 Media juga mempunyai hubungan kerjasama dengan beberapa syarikat penyiaran antarabangsa dan kemungkinan akan ditayangkan di saluran Netflix, HBO dan Astro.

Ini adalah dokumentari yang wajib ditonton oleh para peminat bola sepak tempatan untuk mempelajari bagaimana pengurusan JDT berfungsi, pembinaan stadium baharu dan juga kehebatan penyokong setia mereka, “Boys of Straits”.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.

TMJ Sasar JDT Lepasi Peringkat Kumpulan, Layak Ke Suku Akhir Saingan ACL

JDT Capai Persetujuan Dengan Pemain Kacukan Malaysia Nathaniel Shio Hong Wan Dari Wolverhampton Wanderers

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

JDT Jadi Kelab Pertama Malaysia Sediakan Fasiliti Bagi Pemain Akademi