Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah jauh meninggalkan pasukan lain dalam Liga Malaysia apabila sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian berjumlah jutaan dolar Amerika dengan sebuah syarikat gergasi antarabangsa.

Menurut kenyataan rasmi, syarikat ini juga bekerjasama dengan beberapa kelab terkemuka di seluruh dunia seperti PSG, Juventus and Barcelona. Satu pengumuman akan dibuat oleh pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dalam masa terdekat.

Berdasarkan pengkongsian daripada peminat di media sosial, mereka meramalkan syarikat minuman popular antarabangsa, Coca-Cola mungkin bekerjasama dengan JDT berdasarkan carian di internet mengenai barisan penaja kelab PSG, Juventus dan Barcelona.

JDT  sebelum ini sudah pun mempunyai beberapa kerjasama dan penaja-penaja antarabangsa seperti UNICEF Malaysia, Aston Martin Racing, Nike, Hublot, Subway, F&N dan banyak lagi.

Ia membuktikan juara liga super 7 kali itu kini semakin dikenali di seluruh dunia sekaligus mengekalkan status sebagai kelab bola sepak terbaik di Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Nafi Ada Potongan Gaji 50%, Selangor Sentiasa Bayar Gaji Penuh ‘On Time’

JDT:”Marshall Berdiri Membentuk ‘Human Barricade’, Marshall Diberi Amaran Kerana Menonton Perlawanan.”

Kopa Arena Kongsi Status Terkini Proses Pembelian Saham Perak