Juara liga super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bakal mengikat kontrak dengan seorang pemain muda yang berbakat besar dalam sukan bola sepak. Menurut kenyataan daripada pengarah teknikal kelab tersebut, Alistair Edwards, bakat pemain itu dikesan ketika sedang beraksi dalam satu kejohanan bawah umur.

“Saya sukacita ingin mengumumkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani seorang pemain cilik berbakat besar, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang berumur 5 tahun atas persetujuan kedua ibu bapanya. Beliau sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

“Ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang kelab di mana pemain-pemain cilik berbakat besar seperti Tengku Sulaiman ini sentiasa mendapat peluang untuk memperkembangkan karier di dalam kelab yang mempunyai prasarana selengkap JDT dan mempunyai kolaborasi dengan kelab-kelab luar negara,” katanya.

Difahamkan Tengku Sulaiman Shakirinal merupakan cucu saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Malah, beliau juga turut berkongsi rakaman video aksi ‘wonderkid’ tersebut di laman twitter miliknya.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1169426058149429249

Apa dilakukan oleh JDT adalah sesuatu yang perlu dipuji kerana mereka sudah mula mengambil serius terhadap pembangunan akar umbi. Di eropah, setiap kelab ternama sudah memiliki pasukan seawal usia kanak-kanak dari akademi masing-masing.

Pelaburan mereka dalam program pembangunan adalah untuk menjadikan pemain profesional untuk kegunaan kelab, atau pun menghasilkan pemain untuk dieksport keluar. Sekiranya kelab-kelab di Malaysia mula memberikan pendedahan sewajarnya untuk bakat-bakat muda yang mereka miliki, hasilnya pasti akan lumayan di kemudian hari.

Baca artikel lain berkaitan dengan perkembangan pasukan JDT.

JDT Akhirnya Memiliki Ibu Pejabat Sendiri Yang Berkelas Dunia

TMJ Bercita-Cita Jadikan Stadium Sultan Ibrahim Nombor Satu Di Asia Tenggara

JDT Sah Kelab Pertama Malaysia Tampil Dalam Pro Evolution Soccer