Pasukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal melepaskan seorang lagi pemain sayap mereka iaitu Akhyar Rashid.

Menurut laporan Majoriti, sekiranya meninggalkan JDT, Akhyar Rashid bakal menyertai salah satu kelab dari Pantai Timur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.

JDT Akhyar Rashid
Akhyar Rashid bertindak cemerlang dengan dua jaringan dihasilkannya. Kredit Foto: FAM

Terengganu menjadi calon utama bagi mengdapatkan khidmat Akhyar dimana kelab itu sedang mencari pengganti kepada Faisal Halim yang menyertai pasukan Selangor musim ini.

Sejak dua musim kebelakangan ini, Akhyar gagal untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan beliau sering memanaskan bangku simpanan skuad utama.

Pemain berusia 23 tahun itu gagal bersaing dengan Arif Aiman dan juga Fernando Forestieri di bahagian sayap sekaligus gagal mendapat minit permainan yang cukup.

Sebelumnya, JDT kehilangan Safawi Rasid yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke saingan Liga Thailand dimana beliau menyertai Ratchaburi FC.

Safawi telah diturunkan dalam tiga perlawanan bersama Ratchaburi dimana baru-baru ini beliau diturunkan pada aksi bertemu Nongbua Pitchaya.

Safawi dimasukkan pada separuh masa kedua dan beliau membantu Ratchaburi memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1 sekaligus mengekalkan kedudukan di tangga keempat dalam carta Liga Thailand.