Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan mereka akan melancarkan jersi Nike ‘Home’ dan ‘Away’ untuk musim 2021 pada 24 Februari ini.

Ia akan menjadi hari yang paling ditunggu-tunggukan oleh para peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan rekaan jersi baharu yang bakal dipakai oleh juara Liga Super 7 kali itu.

Lebih menarik, kali ini mereka akan tayang video pengenalan jersi yang lebih memukau dan serba canggih berbanding pada tahun lepas.

Dengan mempunyai jumlah pengikut yang ramai dari seluruh asia tenggara,  JDT juga dijangka akan menarik lebih sejuta penonton dan bakal mencipta sejarah baharu dalam bola sepak tempatan.

“Setelah berjaya mencatat jualan jersi RM1.2 juta dalam tempoh 24 jam pada tahun 2018 susulan pelancaran video yang menampilkan Robert Pires, jersi JDT juga terbukti mempunyai daya penarik tersendiri apabila beribu-ribu penyokong berpusu-pusu mendapatkan jersi tersebut di Dataran Bandaraya Johor Bahru setiap tahun.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, bekas Pemain Terbaik Dunia Luis Figo dan penyokong JDT dari 10 daerah Johor turut menghiasi video 2019 manakala video 2020 menyaksikan adegan ‘cowboy’ di Arizona.

“JDT akan memperkenalkan jersi Nike ‘Home’ dan ‘Away’ 2021 dalam satu lagi video yang memukau, wajib ditonton dan serba canggih pada 24 Februari 2021,” kata kenyataan rasmi daripada JST.

Selain pelancaran jersi, mereka turut akan memperkenalkan 3 pemain baharu, dokumentari khas bertajuk “Fearless” yang menceritakan kisah perjalanan JDT dan juga merasmikan fasiliti baharu kelab tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah.

TMJ Sasar JDT Lepasi Peringkat Kumpulan, Layak Ke Suku Akhir Saingan ACL

JDT Capai Persetujuan Dengan Pemain Kacukan Malaysia Nathaniel Shio Hong Wan Dari Wolverhampton Wanderers

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

JDT Jadi Kelab Pertama Malaysia Sediakan Fasiliti Bagi Pemain Akademi