Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka telah menyediakan 400 tiket kepada Selangor FC untuk perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Jun nanti.

Perlawanan yang berlangsung pada pukul 8.15 malam ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dan para penyokong setia Selangor tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan menentang juara bertahan ini.

Menurut kenyataan rasmi, pihak pengurusan Selangor telah meminta 300 tiket ‘away’ tetapi JDT telah menyediakan 400 tiket bagi menarik lebih ramai kehadiran penyokong pasukan pelawat di Stadium berkelas dunia itu.

Apatah lagi, Selangor kini sedang berada dalam prestasi terbaik selepas membelasah Sarawak 7-0 di Stadium MBPJ semalam sekaligus memperbaiki kedudukan carta Liga Super. Manakala JDT masih kekal dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 6 perlawanan setakat ini.

Berdasarkan rekod pertemuan musim lalu, Selangor berjaya mengikat JDT 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim dan turut disaksikan oleh ratusan ribu peminat di saluran YouTube.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini sentiasa diwarnai dengan pelbagai drama dan kontroversi sejak musim lalu. Kebanyakan peminat menjangka ia akan berlangsung dengan lebih sengit pada musim ini kerana skuad Selangor kali ini dilihat lebih mantap dalam setiap posisi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Daniel Ting Kembali Ke Liga Malaysia Sertai Pasukan Dari Selatan?

Pemain Pertahanan Uzbekistan Sah Sertai Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group