Johor Darul Ta’zim kembali dari ketinggalan 1 gol kepada Perak untuk menang 2-1 tamat 90 minit perlawanan hasil jaringan kapten pasukan Haris Harun pada minit ke 75 dan gol kemenangan oleh Safawi Rasid pada minit ke 83.

Dengan kemenangan ini, Johor Darul Ta’zim mengesahkan kejuaraan unifi Liga Super Malaysia 2018 buat kali ke 5 berturut-turut serta menjadi wakil Malaysia dalam peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 nanti.

https://twitter.com/FMonIFLIX/status/1016698636007116800

Sejak AFC Champions League dimulakan pada 2002/03 (sebelum ini dikenali sebagai Asian Club Championship dari 1967 hingga 2001), Johor Darul Ta’zim merupakan pasukan pertama dari Malaysia yang akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan kejohanan kelab paling elit dan berprestij di Asia.

Satu lagi slot bagi pusingan kelayakan 2 Play-Off AFC Champions League masih menjadi buruan pasukan ditempat ke 2 unifi Liga Super Malaysia, sekiranya tiada pelepasan oleh FAM berkaitan penggantungan Pahang FA.

Penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim akan dapat menyaksikan pasukan mereka turun berhadapan dengan kelab-kelab gergasi Asia dalam peringkat kumpulan AFC Champions League seperti kelab dari Chinese Super League, K.League Classic atau J1 League.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 akan berlangsung pada 4 dan 5 Mac 2019, seperti dalam kalendar kejohanan yang dikeluarkan oleh pihak AFC dibawah.

afc champions league jdt

Undian bagi kedudukan pasukan diperingkat kumpulan akan diadakan pada bulan Disember 2018.