Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan pasukannya adalah yang terbaik setelah mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2019 semalam sekaligus merangkul trofi Liga Super buat kali keenam berturut-turut.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, kejayaan memenangi kejuaraan liga buat kali keenam dalam tempoh masa enam musim adalah kerana kelab tersebut sentiasa laparkan kejayaan serta mempunyai mentaliti untuk terus meraih kemenangan. Selain itu, fokus terhadap diri sendiri dan tidak mengendahkan pasukan lain turut menjadi faktor utama.

Menerusi satu posting di Instagram Story milik TMJ, pemilik JDT itu menegaskan sebelum beliau menyertai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan menjadi Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), skuad Harimau Selatan sudahpun memenangi 8 kejuaraan. Jadi beliau menegaskan JDT memenangi kejuaraan bukan kerana beliau sebagai pengerusi MFL.

JDT Terbaik
Sumber Gambar: IG story TMJ

Pada masa yang sama, TMJ turut memberikan ucapan tahniah kepada warga Johor Darul Ta’zim dan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat sebaik sahaja JDT menewaskan Melaka United semalam.

https://www.instagram.com/p/BzLmZNhJ93c/?igshid=l8r85mca19l0

Pasukan bimbingan Luciano Figueroa berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini denan lebih awal apabila masih berbaki empat lagi perlawanan untuk diharungi.