Kejayaan dan fasiliti lengkap berkelas dunia yang dimiliki oleh Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi bualan para peminat bola sepak Asia di media sosial terutamanya dari Indonesia.

Ketua Hubungan Kerajaan dan Fasiliti Football Victoria di Australia, Sebastian Hasset melalui satu ciapan di laman twitternya menyifatkan JDT merupakan penanda aras bola sepak rantau Asia Tenggara (ASEAN) dan menjadi contoh terbaik untuk diikuti oleh semua kelab.

“Apabila pandemik berakhir nanti, saya janji akan terbang ke Johor untuk melihat dan bertemu dengan Tunku Ismail (TMJ).

“Ini adalah penanda aras untuk rantau ini dan ia harus dijadikan inspirasi untuk kita semua. Ini adalah contoh terbaik cita-cita berkelas dunia yang kita mahukan dari kelab-kelab ASEAN.

“Saya berpendapat ianya akan menjadi pemangkin kepada rantau ini agar mula mengambil pelaburan infrastruktur dengan serius. Ini adalah contoh apa yang boleh dicapai apabila anda meletakkan bola sepak sebagai keutamaan. JDT sedang menikmatinya sekarang – tetapi ia bakal meningkatkan bola sepak Malaysia dan ASEAN.” tulis Hassett.

JDT

Kejayaan JDT bukan sahaja berkisar tentang fasiliti yang ada tetapi mereka juga mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari ASEAN menjuarai Piala AFC pada tahun 2015 dan kini telah beraksi dalam saingan AFC Champions League selama 3 musim berturut-turut.

Selain itu, JDT juga mempunyai usahasama bertaraf antarabangsa seperti SWAG, Nike dan Hublot. Malah, mereka sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan dua lagi syarikat antarabangsa.

Ia membuktikan juara liga super 7 kali itu kini semakin dikenali dan dijangka akan menarik lebih banyak tajaan sekaligus mengekalkan status sebagai kelab bola sepak terbaik di Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan JDT melalui pautan dibawah. 

100PLUS Jadi Rakan Rasmi Pembekal Minuman Isotonik Kepada JDT

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023

Hong Wan: JDT Adalah Kelab Terbesar Dan Terbaik