Pemain pasukan kebangsaan England yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Jay Bothroyd menyifatkan bintang baharu Liverpool, Takumi Minamino merupakan seorang pemain yang mempunyai kualiti.

Jay berkata demikian menerusi laman media sosial Twitter miliknya selepas Liverpool menandatangani Minamino dari Red Bull Salzburg dengan yuran perpindahan sebesar £7.25 juta (RM39.29 juta).

“Seorang lagi pemain Jepun yang mempunyai kualiti. Ramai pihak tidak faham mengenai betapa bagusnya saingan J League. Jika anda tidak percaya, tanya kepada @andresiniesta8, @Torres dan @Guaje7Villa,” kata Jay Bothroyd.

Bothroyd sendiri merupakan pemain yang sinonim dalam saingan J League dimana beliau telah beraksi di negara matahari terbit itu sejak 2015.

Beliau mula beraksi bersama Jubilo Iwata selama dua musim dan berhijrah ke kelab yang turut diwakili oleh bintang Thailand, Chanathip Songkrasin iaitu Hokkaido Consadole Sapporo.

Pada masa yang sama, Minamino sendiri meluahkan rasa gembira apabila menyertai juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu setelah lima musim beraksi bersama Salzburg.

Jay Bothroyd
Sumber Gambar: Liverpool

“Ia menjadi impian saya, impian menjadi pemain Liverpool. Saya sangat gembira apabila detik itu menjadi kenyataan.

“Beraksi di Liga Perdana Inggeris merupakan sasaran saya. Sasaran saya ialah memenangi EPL dan juga Liga Juara-Juara Eropah serta memberikan sumbangan terhadap pasukan,” kata Minamino kepada Liverpool.com.

Baca artikel lain mengenai Takumi Minamino di sini:

Peminat Liverpool Mahu Kelab Tandatangani Takumi Minamino

Liverpool Bersiap Sedia Untuk Dapatkan Takumi Minamino, Sedia Bayar Klausa Pelepasan £7.25 Juta