Beberapa hari lepas, Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor memberi menyerah surat perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk memberi laluan kepada tokoh yang lebih layak berkuat kuasa pada 15 Oktober ini.

Difahamkan, peletakan jawatanya itu mempunyai kaitan dengan isu tunggakan gaji dan hutang pihak pengurusan lama yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

Menurut laporan daripada Astro Awani, tempoh masa sehingga tarikh berkenaan akan digunakan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut kewangan yang dihadapi persatuan berkenaan termasuk tunggakan gaji yang dianggarkan berjumlah RM14 juta.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Eksekutif KFA dalam mesyuaratnya pagi ini telah sebulat suara menolak hasrat perletakan jawatan sanusi sebagai Presiden KFA.

Menurut kenyataan daripada Timbalan Presiden KFA, Dato Haji Abdul Rahman Abdullah, Jawatankuasa Eksekutif KFA berpendapat pentadbiran dibawah Sanusi setakat ini cukup baik dalam mengurus tadbir dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit dalam persatuan.

“Tiada sebab kukuh untuk YAB Haji Muhammad Sanusi untuk meletakkan jawatan sewaktu pentadbiran beliau telah menyelesaikan beberapa permasalahan besar dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada pasukan Liga Super Kedah yang kini di tahap 2 pasukan terbaik di Malaysia,” katanya.

Antara lain sumbangan khidmat beliau setakat ini adalah seperti berikut:

1. Urus tadbir yang efisyen terutamanya dalam mengawalselia kewangan semasa persatuan dan peruntukan pasukan;
2. KFA telah berjaya mendapatkan kelulusan FAM bagi proses pemisahan FA ke FC baru-baru ini seterusnya pasukan Kedah layak beraksi di pentas CIMB Liga Super musim 2021 dalam tempoh yang singkat;
3. KFA lulus perlesenan kelab peringkat kebangsaan dan AFC seterusnya melayakkan Kedah beraksi di musim 2021 dalam Liga Malaysia dan Piala AFC sekiranya layak.
4. Keprihatinan YAB Presiden KFA yang menitik beratkan kebajikan persatuan dan pasukan telah menyuntik motivasi barisan kejurulatihan dan pemain Liga Super Kedah yang kini di tangga kedua CIMB Liga Super dan berpeluang cerah untuk beraksi di pentas Piala AFC walaupun sebelum ini menghadapi masalah kewangan yang besar.

“Mesyuarat Jawankuasa Eksekutif juga membuat keputusan menyokong penuh kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden KFA dalam membawa sukan rakyat ini ke peringkat Asia dan segala sumbangan khidmat yang cemerlang sebelum ini dapat diteruskan ke musim akan datang,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai kontroversi yang melibatkan pasukan Kedah seperti dilaporkan sebelum ini:

Sanusi Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Presiden KFA

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat

Kenyataan ‘Ikut Dan’ Presiden KFA Cetus Kecaman Penyokong Kedah, Aidil Sharin Akan Sertai Perak?

KFA Sedia Untuk Berunding Jika Ada Pihak Mahu Beli Pasukan Kedah