Ketua jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera menegaskan tekanan berada di pihak Malaysia menjelang pertemuan dua pasukan pada aksi terakhir kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Jun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Javier menganggap skuad Harimau Malaya berada di ranking lebih tinggi berbanding pasukannya dan sebab itu tekanan berada di skuad bimbingan Kim Pan-gon.

“Tekanan berada di pihak Malaysia. Ini kerana mereka berada di ranking yang lebih tinggi dan mereka tahu ini peluang terbaik untuk layak ke Piala Asia. Bagi kami, ini adalah peluang yang baik untuk menunjukkan kami mampu untuk bersaing di tahap ini. Kami mahu pulang dengan sedikit rasa kepercayaan,” katanya.

Bangladesh tewas pada aksi bertemu Bahrain dengan keputusan 2-0 dan Turkmenistan dengan keputusan 2-1 sekaligua mereka tidak berpeluang untuk layak ke temasya tahun hadapan.

Bagi pasukan negara pula, mereka wajib untuk menang ke atas Bangladesh bagi menduduki tempat kedua terbaik setelah tewas kepada Bahrain pada aksi kedua kumpulan dengan keputusan 2-1 Sabtu lalu.

Pan-gon dijangka menurunkan barisan terkuat sama seperti ketiak berdepan Turkmenistan seperti ketika menewaskan pasukan itu dengan keputusan 3-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan E.

Pemain seperti Darren Lok, Safawi Rasid, Arif Aiman dan Faisal Halim dijangka membarisi barisan serangan manakala Nor Azam Azih dan Syamer Kutty Abba akan mengendalikan bahagian tengah.

Di bahagian pertahanan, Matthew Davies, Dion Cools, Shahrul Saad dan La’Vere Corbin-Ong bakal diturunkan namun posisi penjaga gol menjadi tanda tanya selepas Farizal Marlias melakukan kesilapan yang menyebabkan pasukan negara tewas kepada Bahrain. Pan-gon dijangka memberi laluan kepada penjaga gol lain seprti Syihan Hazmi atau Khairulazhan Khalid untuk mengawal pintu gol negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Wan Kamal Anggap Guilherme De Paula Terlalu Tua Untuk Skuad Kebangsaan

PSM Jelaskan Punca Padang Jadi Rosak Dan Bertukar Sawah Padi

Akram Mahinan: Harap Semua Negeri Ada Padang Seperti Stadium Sultan Ibrahim