Pemain tengah berpengalaman, Jasazrin Jamaluddin dilantik sebagai ketua pasukan Felda United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Ketua jurulatih Felda, Nidzam Jamil berpendapat pengalaman yang dimiliki oleh Jasazrin menjadi faktor mengapa pemain itu dipilih bagi menggantikan Hadin Azman yang berhijrah dengan menyertai pasukan Kedah.

Jasazrin Jamaluddin

Nidzam Jamil bersama pengurus pasukan. FOTO: FELDA UTD

“Saya percaya Jasazrin mampu memikul amanah diberikan terutama membimbing pemain muda untuk tampil dengan lebih yakin sebaik liga bermula nanti.

“Dia juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang latihan dan sudah pasti ia memberi manfaat kepada pasukan untuk mempamer prestasi lebih mantap,” kata Nidzam menurut laporan Harian Metro.

Jasazrin Jamaluddin

Aksi Khairul bersama Felda United
Sumber Gambar: Felda United

Pada masa yang sama, Nidzam turut mengesahkan pemain import, Khairul Amri dilantik sebagai penolong ketua pasukan kepada Jasazrin Jamaluddin.

Nidzam berharap segala perancangan berjalan dengan lancar dan pemain dapat membentuk satu persefahaman yang baik apabila saingan Liga Malaysia musim 2020 membuka tirai.

Baca artikel lain mengenai pasukan Felda United di sini:

Khairul Amri Akui Kemahiran Taktikal Liga Malaysia Lebih Baik Daripada Liga Indonesia

Juara Liga Kemboja Menang 2-1 Keatas Felda United Dalam Perlawanan Pra-Musim

Rakan Sepasukan Aubameyang Sah Perkuatkan Jentera Tengah Felda United

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group