Pemain kacukan Perancis-Thailand berusia 20 tahun, Thanawat Suengchitthawon mula jadi bualan peminat bola sepak asia tenggara apabila menjaringkan 2 gol dalam perlawanan menentang Manchester United kelmarin.

Ia perlawanan Liga Premier Inggeris 2 dimana ia hanya melibatkan pemain-pemain muda bawah 23 tahun daripada akademi masing-masing.

Pada perlawanan itu, Leicester City mencatat kemenangan 4-2 ke atas Manchester United (MU)  yang dilatih oleh Neil Wood. Thanawat menjaringkan gol pertama pada minit 14 sebelum MU kembali menyamakan kedudukan dan tamatkan separuh masa pertama jaringan 2-2.

Di babak kedua menyaksikan Leicester bangkit dan keputusan berubah kepada 3-2 hasil jaringan daripada Jacob Wakeling pada minit ke 47.

Pada minit ke 71, Thanawat muncul sebagai wira apabila menjaring gol kemenangan pasukan dengan manfaatkan bola muntah di depan gawang.

Prestasi cemerlangnya itu telah menarik perhatian penyokong Thailand yang mahu beliau dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan negara itu dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Thanawat dilahirkan di Perancis namun ibu bapa beliau berasal dari Thailand. Selain itu, beliau pernah dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan B-17 tahun Perancis dan dilantik sebagai kapten.

Berdasarkan darah keturunan, Thanawat layak untuk menyertai skuad kebangsaan Thailand namun belum pernah dipanggil setakat ini. Beliau telah menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Leicester City pada bulan lepas.

Ia adalah peluang terbaik untuknya diserap dalam skuad utama dibawah kendalian Brendan Rodgers. Oleh itu, Thanawat belum terfikir untuk pulang menyertai skuad Thailand di masa depan kerana akan menjejaskan peluangnya untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Format Karnival Jadi Pilihan Anjur Saingan AFC Champions League Dan AFC Cup 2021

Chanathip Songkrasin Di Ranking Ke-5 Senarai Jualan Jersi Paling Laris Kelab Consadole Sapporo

Hadi Fayyadh Diperkenalkan Sebagai Pemain Azul Claro Numazu, Pakai Jersi Nombor 27 Musim 2021

“6 Tahun di Malaysia, Kemampuan Individu Pemain Malaysia Masih Dibawah Indonesia.”- Jaino Matos