Perlawanan yang cukup mendebarkan dan gila !!

Itulah perkara yang dapat mengambarkan situasi perlawanan di antara Indonesia menentang Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Hasrat skuad Garuda untuk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas 2-3 kepada musuh tradisi, Harimau Malaya. Bagaimanapun, ia bukan perlawanan yang mudah bagi skuad kendalian Tan Cheng Hoe kerana mereka terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua jaringan.

Dalam perlawanan itu, Indonesia terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui Alberto Goncalves pada minit ke 12 setelah menerima hantaran cantik daripada pemain import Pahang, Saddil Ramdani.

Namun begitu, jaringan tersebut tidak mematahkan semangat pemain negara untuk terus mengaturkan serangan ke kubu tuan rumah. Kemasukan Mohamadou Sumareh pada minit ke 37 membuahkan hasil yang lumayan apabila beliau berjaya menyudahkan hantaran cantik daripada Nor Azam Azih.

Dua minit kemudian, Stadium Gelora Bung Karno sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong apabila Alberto Goncalves melepaskan rembatan cantik sehingga menewaskan Farizal Marlias. Keputusan kekal 2-1 sehingga separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, rentak permainan skuad Harimau Malaya jelas berubah dan lebih tersusun. Malaysia berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2 pada minit ke 66 hasil tandukan daripada Syafiq Ahmad yang tidak dikawal rapi oleh pertahanan lawan.

Skuad Garuda jelas kepenatan dan mempunyai masalah dari segi kecergasan pemain di minit akhir perlawanan. Kesempatan itu dimanfaatkan oleh Mohamadou Sumareh yang menjaringkan gol ketiga pada minit ke 90+7 sekali gus menamatkan kemarau kemenangan selama 15 tahun di stadium keramat skuad Garuda itu sejak tahun 2004.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya raih kemenangan di gelanggang itu ialah pada 28 Dis 2004 apabila menumpaskan Indonesia 2-1 pada peringkat separuh akhir Piala AFF. Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan G ialah pasukan Thailand terikat tanpa jaringan dengan Vietnam di Bangkok.

Ikuti perkembangan terkini penyokong Malaysia yang berada di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Klik pautan dibawah. 

Syed Saddiq: FAM Akan Buat Aduan Rasmi Insiden Di Gelora Bung Karno Kepada FIFA

Pihak Keselamatan GBK Gagal, Jaminan PSSI Tidak Boleh Digunapakai

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group