Saingan AFC Champions League musim 2020 telah ditangguhkan sejak bulan Februari namun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sempat mengimbas semula prestasi beberapa kelab pada musim lepas.

Pada minggu ini, mereka telah memilih 5 gol lencongan terbaik yang pernah disaksikan dalam sejarah sehingga mudah menewaskan penjaga gol serta menjadi bualan para peminat bola sepak di Asia.

Paling menarik, bintang skuad Harimau Malaya dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid turut tersenarai antara 5 pemain yang melakukan gol lencongan tercantik.

4 pemain yang lain ialah Nam Tae-hee (Lekhwiya), Oscar (Shanghai SIPG), Mame Thiam (Esteghlal) dan Serginho (Kashima Antlers).

Para peminat bola sepak di Asia diberi pilihan untuk mengundi jaringan terbaik diantara 5 pemain tersebut. AFC dijangka akan mengumumkan keputusan undian pada minggu hadapan.

Mengikut kedudukan semasa undian tersebut, jaringan Mame Thiam dari Esteghlal telah mendahului dengan 71% manakala Safawi berada di kedudukan kedua dengan 24%.

Anda boleh mengundi jaringan Safawi melalui laman web AFC di sini.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Yeyen Tumena Sifatkan Safawi Rasid Pemain Yang Punyai Bakat Luar Biasa

Matthew Davies Pilih Safawi Sebagai Pemain Tempatan Terbaik Yang Pernah Dihadapi