Impian skuad Harimau Malaya untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Hanoi tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, malam tadi.

Anak buah Tan Cheng Hoe itu gagal mempamerkan corak permainan seperti yang diharapkan dan jentera serangan kelihatan buntu merobek gawang tuan rumah selepas ketiadaan perancang tengah dari Pahang, Azam Azih kerana mengalami kecederaan.

72884170_2429106170519466_5696734313769336832_n

FOTO: FAM

Perlawanan bermula dengan seimbang dan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan mudah. Namun pada minit ke 40, Nguyen Quang Hai berjaya manfaatkan kelemahan di benteng pertahanan Malaysia untuk memastikan Vietnam mendahui dengan kedudukan 1-0.

Pada separuh masa kedua, Vietnam hampir mengandakan kedudukan pada minit ke 71 tetapi rembatan pemain gantian, Nguyen Anh Duc berjaya dihalang oleh Aidil Zafuan dalam situasi kelam kabut di kawasan gol negara.

Malaysia cuba bangkit mencari jaringan penyamaan, namun kemasukan Akhyar Rashid tidak memberikan sebarang impak di bahagian serangan. Keputusan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut juga turut menyaksikan Malaysia kekal menghuni tangga keempat dalam kumpulan dengan tiga mata manakala Vietnam melonjak ke tangga kedua dengan berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Thailand.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Thailand pada 14 November dan Indonesia pada 19 November di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Asia dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Stesen Televisyen Vietnam Sanggup Belanja RM147 Juta Bagi Tayangkan Perlawanan Antara Vietnam Menentang Indonesia

Walaupun Dibelasah 14 Gol Oleh Iran, Lelaki Kemboja Ini Terus Gagah Berdiri Memberikan Sokongan Bersendirian

Wanita Di Iran Dibenarkan Menonton Perlawanan Bola Sepak Di Stadium

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group