Saingan Piala AFC (AFC Cup) 2022 kini semakin hampir ke penghujungnya namun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sempat mengimbas semula prestasi beberapa kelab di peringkat separuh akhir Zon Asia Barat dan Antara Zon.

Pada minggu ini, mereka telah memilih 5 jaringan terbaik yang dilakukan dalam pertandingan itu sehingga menjadi bualan para peminat bola sepak Asia.

Malah, rembatan padu pemain tengah KL City, Paulo Josue dari luar kotak penalti sehingga menghasilkan gol pertama ketika menentang ATK Mohun Bagan pada 7 September lalu turut terpilih.

Ketika itu, KL City menewaskan kelab India tersebut 3-1 sekaligus mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir Antara Zon.

Hasil kemenangan 3-1 itu, KL City telah menempah tiket ke Final Antara Zon menentang kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada 5 Oktober 2022. Mereka tinggal selangkah lagi untuk mara ke final Piala AFC bagi penentuan sebagai juara.

4 pemain yang lain yang turut tersenarai ialah Salah Al Yahyaei (Al Seeb), Ali Haram (Al Riffa), Shokhruz Norkhonov (PFC Sogdiana) dan Abdulla Shallal (East Riffa)

Seluruh peminat bola sepak di Asia diberi pilihan untuk mengundi jaringan terbaik diantara 5 pemain tersebut. Undian akan ditutup pada hari sabtu (17 September) jam 5 petang waktu Malaysia.

Mengikut kedudukan semasa undian itu, jaringan Paulo Josue telah mendahului sebanyak 97% manakala Salah Al Yahyaei berada di kedudukan kedua dengan 2%. Shokhruz Norkhonov turut mengekori rapat dengan undian sebanyak 1%.

Hanya undian terbanyak yang akan menentukan pemenangnya. Anda boleh mengundi jaringan Paulo Josue melalui laman web AFC di sini, the-afc.com.

Sebelum ini, beberapa pemain Malaysia yang lain pernah dicalonkan untuk gol terbaik AFC Champions League dan AFC Cup. Baca lebih lanjut melalui pautan bawah.

Gol Akrobatik Nguyen Van Quyet Tewaskan Safee Sali Dengan Kelebihan Undian Sebanyak 5%

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Jaringan ‘Chips’ Piya Dipilih Antara 5 Gol Terbaik AFC Cup