Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, pemain import Sabah iaitu Park Tae-su telah mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol sepakan percuma dari jarak 36 meter ketika aksi menentang PJ City dalam saingan TM Piala Malaysia 2021.

Jaringan tersebut turut mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila mereka memuat naik semula video gol tersebut di laman twitter rasmi badan induk dunia itu.

Rata-rata peminat bola sepak dari seluruh dunia meninggalkan komen memuji jaringan tersebut dan menyifatkan ia sangat sukar untuk dilakukan pada jarak yang cukup jauh.

Malah, ada juga yang melihat jaringan tersebut berpotensi untuk dicalonkan bagi Anugerah Puskas kerana mempunyai kelebihan serta tahap kesukaran ruang tersendiri.

Perkara tersebut turut disokong oleh Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim dalam satu kenyataan di Berita Harian.

Zulakbar menyifatkan ia jaringan yang bertaraf dunia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu pertimbangkan untuk menghantar jaringan tersebut ke FIFA untuk pencalonan Anugerah Puskas.

“Kalau gol itu tidak menarik, sudah tentu FIFA tidak akan berkongsi jaringan itu di laman sosialnya. Jadi, saya berpendapat itu sebagai salah satu alasan munasabah di mana FAM patut pertimbangkan pencalonan itu.

“Berdasarkan gol itu juga, kita melihat teknik dan ketepatan yang dilakukan untuk menghasilkan jaringan itu di mana ia singgah di palang dan terus masuk ke gol. Jika tidak terkena palang, mungkin penjaga gol boleh menyelamatkannya.

“Saya kira jaringan itu adalah hasil daripada latihan yang berpanjangan. Tetapi untuk mencipta jaringan seperti itu sekali lagi, mungkin sukar dan sebab itulah jaringan itu boleh dianggap unik,” katanya.

Pada tahun 2016, Malaysia pernah mengejutkan dunia apabila memenangi Anugerah Puskas melalui Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma dengan lencongan yang cukup memukau ketika aksi Liga Super diantara Penang menentang Pahang di Stadium Bandaraya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

KFA Akan Berunding Dengan LHDN Untuk Hapus Kira Tunggakan Cukai Tahun Lalu

Langkawi City Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Borussia Dortmund

Sri Pahang Rancang Bina Pusat Latihan Lengkap

Joma Terus Bersama Selangor Sehingga 2023 Dengan Jumlah Penajaan Bernilai RM2.1 Juta Setahun

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group