Jaringan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Nascimento pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 menentang Suwon Samsung Bluewings Rabu lalu tercalon bagi anugerah AFC Goal Of The Week.

Perkara ini diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi laman media sosial rasmi badan tersebut dimana dua lagi gol yang dihasilkan oleh pemain Suwon, Terry Antonis dan pemain Sydney FC, Trent Buhagiar turut tercalon.

Mauricio menjaringkan gol kemenangan JDT pada separuh masa kedua dimana beliau menanduk masuk bola hasil hantaran daripada Nazmi Faiz Mansor sekaligus memberikan kemenangan pertama skuad Harimau Selatan itu dalam saingan musim ini.

Kemenangan ke atas Suwon menghidupkan semula peluang skuad bimbingan Benjamin Mora itu untuk mara ke peringkat seterusnya selepas tewas kepada Vissel Kobe dengan keputusan 5-1 pada perlawanan pembukaan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?

JDT Jana Pendapatan Lebih RM800,000 Dalam Masa 4 Hari, Tarik Hampir 60,000 Penyokong Ke Stadium

Lima Perkara Menarik Mengenai Kemenangan JDT Ke Atas Suwon Bluewings