Manchester United mara ke separuh akhir Piala FA menerusi gol lewat oleh Harry Maguire pada pertarungan masa tambahan 30 minit.

Solskjaer membuat lapan perubahan daripada senarai pasukan beliau sebelum ini. Maguire, Luke Shaw dan Bruno Fernandes yang dikekalkan daripada pasukan yang beraksi menentang Sheffield United.

United meraikan kemenangan 2-1 ke atas Norwich pada hari Sabtu. Di mana The Canaries beraksi 10 pemain selepas Timm Klose dibuang padang akibat mengasari Ighalo dalam kedudukan di mana pemain itu berpotensi menjaringkan gol.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer terpaksa bekerja keras untuk menempatkan diri mereka dalam aksi separuh akhir selepas gol Todd Cantwell memaksa aksi masa tambahan di Carrow Road.

Cantwell merembat deras dari luar kotak penalti dan menewaskan Sergio Romero

United sebelum ini terlebih dahulu mendahului menerusi Odion Ighalo.

Ighalo menyambut bola dari Juan Mata.

Pada minit ke-118, Harry Maguire menjaringkan gol dari jarak dekat selepas flick daripada Ighalo gagal dikeluarkan dengan baik oleh pemain Norwich.

Norwich harus menyalahkan diri mereka sendiri. Kerana memiliki beberapa peluang keemasan yang tak disudahkan.

Harry Maguire cemerlang melakukan dua hadangan. Manakala satu lagi percubaan mereka terkena pada pemain mereka sendiri dalam kedudukan penjaga gol United sudah tertewas.

Keputusan ini menyaksikan United kini mencatatkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

United, yang memenangi Piala FA ke-12 mereka pada 2016, masih dalam perjalanan untuk mara ke final untuk kali kedua dalam tiga tahun.

Baca perkembangan lain

Klopp: Lebih Bermakna Daripada Yang Saya Fikirkan

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

McTominay Tandatangani Kontrak Baharu