Pengurus Portugal, Fernando Santos mendedahkan bahawa pengadil Danny Makkelie datang kepadanya dan meminta maaf kerana pengadilan lemah mereka membuatkan gol kemenangan masa kecederaan Cristiano Ronaldo tidak dikira.

Dalam aksi tersebut, Diogo Jota menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dengan gol pada minit ke-11 dan pada minit ke-36.

Namun pada separuh masa kedua, Serbia bangkit menerusi gol Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic.

Pada kedudukan 2-2, kapten Portugal, Ronaldo sekali lagi berjaya menghasilkan gol dramatik. Malang sekali ianya tidak dikira kerana penjaga garisan merasakan bahawa Stefan Mitrovic berjaya mengeluarkan bola sebelum melepasi garisan gol.

Ulang tayang jelas menunjukkan bola itu sudah masuk. Gol itu adalah gol yang bersih. Lebih teruk, Ronaldo dilayangkan kad kuning hanya kerana beliau dianggap berkelakuan ofensif kepada penjaga garisan di tepi padang.

Ronaldo yang kecewa telah menunjukkan kemarahannya kepada pengadil sambil membaling lilitan kaptennya, sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Ronaldo keluar padang dengan emosi sekali.

https://twitter.com/EverythingCR7_/status/1375927322784632833

Kenapa tiada Goal-line Technology? Sebenarnyam, FIFA tidak menetapkan GLT sebagai syarat wajib kepada penganjur / tuan rumah untuk aksi kelayakan piala dunia.

Jika ada GLT pastinya gol Ronaldo itu akan dikira dan beliau menambah koleksi gol ke-103 untuk negaranya.

Pengurus Portugal mengesahkan bahawa pengadil meminta maaf kepada pasukannya.

“Pengadil datang kepada saya selepas melihat ulang tayang apa yanbg berlau dan meminta maaf di atas kesilapan mereka.”

“Saya tidak dapat mejelaskan tentang keputusan hari ini. Kita mengkaji corak permainan Serbia. Dan kita tahu cara bermain menentang mereka seperti yang kita lakukan di separuh masa pertama. Kita tahu mereka akan menukar corak permainan, dan mereka ada pemain untuk melakukannya.”

“Namun akhirnya, bola [Ronaldo] yang sudah setengah meter masuk tidak dikira. Ianya akan memberikan kemenangan kepada kami jika dikira.”

Baca juga artikel lain

Real Madrid Sedia ‘Pecah Tabung’ Dapatkan Haaland Dan Mbappe

Carlo Ancelotti: “Saya Nak Ajar Mereka Apa?

Ferdinand Kritik Layanan Ke Atas Van De Beek: “Kenapa Beli Dia?”