Disebalik kemenangan 5-4 ke atas Kemboja dalam aksi pertama kempen Kelayakan AFC B-19 di Phnom Penh semalam, bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi mencuri tumpuan apabila melakukan jaringan luar biasa dari jarak 50 meter.

Pada perlawanan itu, beliau meletakkan Malaysia pada kedudukan 4-2 ketika lawan berjaya menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit pada separuh masa kedua. Jaringan tersebut jelas mengembalikan semangat skuad negara, menyaksikan Muslihudin Atiq Zahid menjadikannya kepada kedudukan 5-2.

Malah, jaringan itu turut menarik perhatian seorang penyanyi lelaki popular di tanah air iaitu Haqiem Rusli yang mencadangkan agar gol itu dicalonkan untuk anugerah PUSKAS FIFA pada tahun depan.

Terdapat juga segelintir penyokong bola sepak tempatan melahirkan rasa kagum terhadap jaringan tersebut di media sosial dan menyifatkan Luqman adalah permata negara yang sedang menyinar. Gaya dan permainannya seolah-olah mirip lagenda bola sepak, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Bagaimanapun, ia bukan perlawanan yang mudah apabila skuad kendalian Brad Maloney dipaksa bekerja keras dan bermain dengan sembilan orang selepas kapten pasukan, Mukhairi Ajmal dan Zikri Khalili dilayangkan kad merah.

Meskipun kekurangan dua pemain, ia tidak menghalang skuad negara mengutip tiga mata penuh sekaligus menghidupkan peluang memburu tiket ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun depan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad negara dalam kempen Kelayakan AFC B-19 di Kemboja.

Kelayakan AFC B-19: Brad Maloney Senaraikan Tujuh Muka Baharu Dalam Skuad Malaysia B-18

Kelayakan AFC B-19: Aksi Muka Baharu Berjaya Pikat Brad Maloney Di Dubai

Skuad Malaysia B-18 Ada Potensi Layak Ke Pusingan Akhir AFC B-19

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group