Olivier Giroud telah mempersiakan peluang untuk hatrik sebelum menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea kekal berada dalam landasan ke UCL musim hadapan.

Liverpool dan Man City sudah sah akan beraksi di UCL pada musim hadapan. City juga sah digugurkan daripada hukuman penggantungan daripada kelab Eropah selepas CAS mendapati UEFA kekurangan bukti konklusif.

Jadi tinggal dua slot sahaja lagi untuk ke pentas perdana kejuaraan kelab Eropah itu.

Chelsea menang tipis 1-0 ke atas Norwich, sehari selepas Man United mempersiakan peluang untuk memintas mereka.

Giroud menanduk masuk hantaran kemas daripada Christian Pulisic selepas permainan kombinasi ringkas di tepi padang.

Chelsea menepati ramalan untuk menewaskan pasukan yang sudah sah tersingkir pada musim ini.

Lampard melakukan lima pertukaran daripada pasukan yang tewas pada sebelum ini.

Giroud pada awalnya dilihat menikmati hari yang mengecewakan selepas gagal menyumbat gol daripada beberapa peluang yang beliau dapat.

Christian Pulisic jelas sekali dalam form terbaik beliau musim ini. Dengan beraksi sangat tajam dan lincah.

Pulisic hampir meletakkan Chelsea di hadapan pada pertengahan babak pertama namun rembatannya ditepis oleh Tim Krul.

Giroud akhirnya meletakkan Chelsea di hadapan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan pada separuh masa kedua.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea menjarakkan diri 4 mata daripada Leicester dan Man United yang berkongsi mata di tangga keempat dan kelima.

Jadi persaingan ke UCL untuk 3 pasukan tersebut pastinya sangat sengit.

Sementara Norwich City pula mengalami kekalahan ke-25 mereka pada musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Baca juga perkembangan lain

Obafemi Buat United Kekal Kelima

TERKINI: CAS Tolak Hukuman UEFA, Man City Tidak Bersalah

Apa Dah Jadi Dengan Leicester, Kini Impian Ke UCL Kian Hancur