Saingan AFC Cup 2020 telah ditangguhkan sejak bulan Februari susulan penularan wabak pandemik COVID-19 namun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sempat mengimbas semula prestasi beberapa kelab lama pada musim lepas.

Pada minggu ini, mereka telah memilih 5 jaringan ‘chips’, ‘lobs’ dan ‘scoops’ terbaik yang pernah disaksikan dalam pertandingan itu sehingga menjadi bualan para peminat bola sepak di Asia.

Paling menarik, bekas pemain tengah Kelantan dan Harimau Malaya iaitu Badhri Radzi atau dikenali sebagai Piya turut tersenarai antara 5 pemain yang melakukan gol tersebut pada tahun 2013.

Ketika ini, Kelantan menewaskan kelab dari Vietnam, SHB Da Nang 5-0 di peringkat kumpulan.

4 pemain yang lain yang turut tersenarai ialah Thiago Cunha (Chonburi FC), Kyaw Ko Ko (Yangon United), Bienvenido Marañón (Ceres Negros) dan Pak Myong-song (4.25 SC).

Para peminat bola sepak di Asia diberi pilihan untuk mengundi jaringan terbaik diantara 5 pemain tersebut. AFC dijangka akan mengumumkan keputusan undian pada hari khamis (30 Julai 2020).

Mengikut kedudukan semasa undian tersebut, jaringan daripada Piya telah mendahului dengan 38% manakala Bienvenido berada di kedudukan kedua dengan 29%. Kyaw Ko Ko turut mengekori rapat dengan undian sebanyak 25%.

Ketiga-tiga pemain ini sedang bersaing sengit dan hanya undian terbanyak yang akan menentukan pemenangnya.

Anda boleh mengundi jaringan Piya melalui laman web AFC di sini, the-afc.com

Sebelum ini, beberapa pemain Malaysia yang lain pernah dicalonkan untuk gol terbaik AFC Champions League dan AFC Cup. Baca lebih lanjut melalui pautan bawah.

Gol Akrobatik Nguyen Van Quyet Tewaskan Safee Sali Dengan Kelebihan Undian Sebanyak 5%

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Jaringan Safawi Rasid Dipilih Antara 5 Gol Lencongan Terbaik AFC Champions League