Cinta terharap bola sepak nyata melebihi segala-galanya. Itulah yang berlaku apabila pasangan suami isteri dari Jepun terbang sejauh 5000km untuk menyaksikan Johor Darul Ta’zim beraksi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Seorang pengguna Twitter, @juanbudiman, pasangan Yasu dan isterinya, Maki merupakan penyokong kelab divisyen 4 Jepun, FC Nara. Kumpulang penyokong kelab tersebut dinamakan Ancient Squad dan Yasu adalah salah seorang komrad yang aktif.

Dua tahun lepas, Yasu dan Maki menyaksikan perlawanan play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara Johor Darul Ta’zim menentang Gamba Osaka. Meskipun keputusan tidak memihak JDT, namun Yasu dan Maki telah jatuh cinta terhadap kelab dari Selatan tanah air itu dan juga kumpulan penyokongnya, Boys Of Straits.

Pada tahun yang sama, pasangan ini terbang ke Johor bagi menyaksikan perlawanan terakhir JDT dalam saingan Liga Super menjulang trofi tersebut di Larkin. Tahun ini, Yasu dan Maki berkesempatan melihat JDT beraksi dalam saingan ACL dan mencipta kejutan dengan menewaskan juara bertahan, Gamba Osaka dua minggu lalu.

Menurut Juan, perkara sebegini memberi kesedaran bahawa bola sepak tanah air mempunyai tarikan yang tersendiri. Jika Yasu dan Maki boleh meluangkan masa serta wang mereka sendiri untuk memberikan sokongan terhadap kelab yang terletak jauh dari kampung halaman mereka, mengapa kita boleh kalah kepada mereka?

Akhir sekali, diharapkan perkongsian ini dapat memberi kesedaran khususnya kepada peminat Liga Malaysia untuk hadir ke stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.