Bola sepak dan industri sukan adalah antara komponen industri yang memberi impak besar kepada ekonomi, sosial dan politik negara, justeru perlawanan antarabangsa di laman sendiri perlu kembali diadakan bagi mengelakkan industri ini terus lumpuh.

Pemerhati sukan, Mohd Sadek Mustaffa, berkata sukan ialah berasaskan model industri bertunjangkan penganjuran, pertandingan dan perkhidmatan membabitkan masyarakat, aktiviti dan perniagaan, dengan itu wajar jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil kira senario ini.

Katanya, organisasi ini akan terbabit dalam menghasilkan promosi, fasiliti, penganjuran serta semua aktiviti termasuk perniagaan sukan berasaskan pemasaran, perkhidmatan, kemudahan peralatan, pelancongan serta penajaan, termasuk perkhidmatan sains sukan, teknologi dan kejuruteraan sukan.

Bola Sepak
Sumber Gambar: Selangor

“Maka, semua komponen di atas akan melibatkan individu secara langsung atau tidak langsung iaitu kehadiran penyokong dan peryertaan peminat dalam platfrom media serta penajaan.

“Ini menjadikan industri sukan adalah antara komponen besar menyumbang kepada ekonomi negara, maka jangan kita mufliskan industri bola sepak negara dan meruntuhkan sosial sukan Malaysia,” katanya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Sadek berkata demikian susulan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berhasrat menganjurkan dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi kaedah gelembung bioperubatan di negara ini pada September depan.

Katanya lagi, kertas cadangan yang dikemukakan FAM kepada MKN dan KKM nanti perlu lengkap dengan fakta dan hujah untuk memastikan perlawanan antarabangsa ini mendapat lampu hijau.

Bola Sepak

Meskipun FAM telah mendapatkan persetujuan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bersama-sama membantu dalam pembentangan kertas cadangan terbabit, Sadek mengingatkan ia perlu dilengkapi cara pengurusan krisis yang jelas sekiranya terdapat jangkitan dikalangan pemain semasa perlawanan.

“Ia membabitkan perancangan sebelum, semasa dan selepas perlawanan dengan mengambil kira gelembong sukan yang ketat, aspek fasiliti kemudahan pelawat, logistik dan kemudahan kesihatan termasuk pusat kuarantin berasingan sekiranya ada jangkitan di kalangan pemain atau pegawai semasa perlawanan berlangsung.

“Hujah dan fakta yang jelas itu nanti diharap mampu mendapatkan kelulusan MKN dan KKM demi masa depan bola sepak negara dan industri sukan khususnya,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

JDT Jalin Kerjasama Bersejarah Bersama Aston Martin

Liga Super 2021: Perak Tarik Nafas Lega, Terikat Bertemu KL City

https://www.vocketfc.com/sri-pahang-hidupkan-semula-aplikasi-rasmi-untuk-kemudahan-penyokong-tok-gajah/