Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menggesa supaya barisan pemain negara tidak mengambil mudah pertemuan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Meskipun pertemuan kedua-dua pasukan hanya akan berlangsung pada 8 Oktober nanti, namun Yusoff Mahadi melihat UAE mengambil langkah serius bagi menghadapi skuad Harimau Malaya.

UAE
Sumber Gambar: FAM

“Kita nampak tindakan UAE ini memberi isyarat kepada kita bahawa mereka cukup serius untuk berhadapan dengan pasukan Malaysia ataupun cukup serius untuk mendapat keputusan terbaik dalam baki perlawanan ini termasuk menentang Malaysia.

“Jadi kita harap jurulatih (Cheng Hoe) pun mesti menyediakan pelan-pelan terbaik dengan mengambil langkah-langkah perlu untuk berdepan terutamanya apabila UAE nanti dan menyediakan pasukan terbaik, maknanya kita perlu ambil berat,” katanya menurut laporan Harian Metro.

UAE
Ivan Jovanovic ketika dilantik sebagai ketua jurulatih UAE. FOTO: UAE

Baru-baru ini, UAE menggugurkan ketua jurulatih, Ivan Jovanovic meskipun pengendali itu belum menghadapi sebarang perlawanan kompetitif khususnya dalam saingan peringkat kelayakan.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe turut berpendapat keadaan semasa yang dihadapi oleh UAE tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pasukan itu.

Baca artikel lain mengenai UAE dan pasukan kebangsaan di sini:

FAM Belum Terfikir Untuk Tarik Diri Daripada Piala AFF 2020

Tan Cheng Hoe: Ketiadaan Jurulatih Tidak Jejaskan UAE

Media Thailand Lancarkan Propaganda Terhadap Tan Cheng Hoe, ‘Mind Game’ Untuk Malaysia Lebih ‘Lagha’