Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Khabar mengejutkan datang dari pasukan Kedah Darul Aman apabila salah seorang pemain importnya, Jang Suk-won dilaporkan bakal bersara ekoran kecederaan yang dialami.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Kedah ketika ini sedang dalam usaha untuk mencari pemain pertahanan bagi mengisi kuota import Asia sekaligus menggantikan Suk-won.

Jang Suk-won menyertai Kedah pada awal musim ini setelah dua musim beraksi bersama Melaka United dan penampilan beliau setakat ini banyak meraih kritikan dari peminat.

Pertahanan Kedah telah melepaskan 15 gol dalam enam perlawanan terakhir liga dan gandingan antara Suk-wok dan seorang lagi pemain import, Marc Vales menjadi sasaran kritikan peminat.

Pemain berusia 32 tahun itu dianggap gagal untuk menampilkan prestasi terbaik setelah musim lalu beliau tampil dengan cemerlang bersama Melaka United.

Manakala bagi Marc Vales, beliau dianggap masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan saingan Liga Malaysia sekaligus gagal untuk menampilkan prestasi cemerlang.

Kedah dilihat bakal membawa pemain import baharu khususnya di bahagian pertahanan setelah pemain sedia ada gagal memainkan peranan penting bersama pasukan.

Sekiranya Suk-won bersama, besar kemungkinan Vales akan disingkirkan dan digantikan dengan pemain baharu bagi menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan.

Dalam carta Liga Super, Kedah ketika ini menduduki tangga keempat dengan perolehan 14 mata, jatuh dua anak tangga dimana sebelum ini mereka menjadi pencabar kepada Negeri Sembilan yang berada di puncak sebelum diambil alih oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedah sedang berehat panjang dan mereka akan kembali beraksi dalam saingan Liga Super menentang pendahulu iaitu JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Liga Super: Tok Gajah Nyaris Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT

Peminat Persoal Keputusan Kim Pan-gon Panggil Guilherme De Paula

TMJ Ajak Penyokong JDT Penuhi Stadium Untuk Aksi Liga Super Lawan Sri Pahang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group