Melaka United mula membuat persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan dimana mereka mengekalkan pemain pertahanan import, Jang Suk-won bagi memperkukuhkan pasukan.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan semalam dimana Suk-won bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan oleh pengurusan pasukan.

Suk-won dibawa masuk pada awal musim 2019 bagi memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan dimana beliau sering kali membarisi kesebelasan utama Melaka di bawah bimbingan Zainal Abidin Hassan.

Sepanjang saingan musim 2019, Jang Suk-won telah bergandingan dengan beberapa pemain senior seperti ketua pasukan, Shukor Adan dan Razman Roslan di bahagian pertahanan. Beliau membantu Melaka menamatkan Liga Super di tangga keenam manakala dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula Melaka menamatkan saingan di pusingan kedua dan peringkat kumpulan.

Teka-teki mengenai pasangan Suk-won musim hadapan masih menjadi tanda-tanya dimana MUSA setakat ini hanya mengekalkan lapan pemain daripada skuad musim lalu. Nasib Shukor, Razman dan Safiq masih lagi belum diketahui.

Jang Suk-won
Shukor Adan

“Buat masa ini, ada tujuh hingga lapan pemain saja yang akan tawarkan kontrak musim depan, dua daripadanya telah pun diberikan semalam.

“Untuk senarai pemain lain, kita telah pun lepaskan mereka awal agar mereka mudah mendapatkan kelab sebelum kempen 2020 bermula,” kata Presiden MUSA, Damien Yeo Shen Li menurut laporan Melaka Kini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Adly Zahari Umum Letak Jawatan Sebagai Presiden Melaka United

Zainal Abidin Kekal Sebagai Jurulatih Melaka United Musim Depan

Akaun Linkedin Erik Alonso Kena ‘Hack’, MUSA Dengan Keras Nafi Pasukan Melaka United Dibeli Syarikat Asing