Jamie Vardy baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kasut emas EPL musim 2019/20.

Ini selepas beliau mencetak 23 gol dalam liga musim ini menewaskan pencabar terdekatnya Pierre Emerick Aubameyang.

Menjadikan beliau pemain paling tua untuk memenangi Kasut Emas EPL.

Vardy kemudian menyatakan beliau seolah olah tak percaya dan tidak terfikir langsung bahawa kariernya menjadi sangat indah.

Beliau adalah pemain yang bergelut mencari pasukan pada ketika muda. Dan bermain dengan kelab kecil.

8 tahun beliau bermain untuk pasukan amatur.

Vardy adalah late bloomer yang menjadi nadi penting kepada Leicester untuk mengejutkan dunia dengan kisah epik mereka memenangi Liga Perdana Inggeris beberapa musim yang lalu.

Lalu Vardy menyatakan: “Tidak terlintas walau sejuta tahun, saya pernah memikirkan saya akan menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris dan kemudian Kasut Emas, sememangnya wow!”

“Jika ini membuktikan apa sahaja, maka ia menunjukkan bahawa jangan sesekali kami berputus asa mengejar impian kamu, tak kira betapa gilanya ia terjadi.”

Jamie Vardy membantu Leicester untuk menamatkan saingan di slot Europa League.

Sayang sekali mereka tidak mampu ke UCL selepas prestasi merudum dalam beberapa perlawanan terakhir.

Ini selepas Leicester kehilangan beberapa tonggak utama mereka kerana kecederaan dan penggantungan.

Leicester tewas pada perlawanan terakhir menentang Man United. Perlawanan penentu nasib mereka ke UCL.

Jamie Vardy pula kembali ke prestasi terbaiknya secara individu.

Beliau ternyata memberikan inspirasi kepada ramai pemain lain di luar sana.

Baca juga perkembangan lain

Klopp Dinobat Pengurus Terbaik, Sir Alex Ucap Tahniah Dan Sudah Maafkan Beliau

Kamu Ketawa, Tetapi Saya Juara 5 Perlawanan Terakhir Dan Di Top 4 Sejak Tiba Di sini

Kecederaan Mbappe Dan Pergaduhan Hiasi Kejuaraan PSG