Baru-baru ini, badan pengendali Liga Malaysia (Malaysia Football League) memberi bayangan liga domestik bakal bersambung semula pada bulan September selepas ditangguhkan hampir 5 bulan susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, situasi itu menimbulkan kebimbangan pada bekas pemain Pahang dan negara, Datul Jamal Nasir Ismail yang menjangkakan lebih banyak pasukan akan tarik diri kerana masalah kewangan.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, aksi tanpa kehadiran penonton akan menjejaskan hasil kutipan tiket ditambah pula dengan kos tinggi bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bakal memberi masalah kepada pasukan yang mempunyai bajet kecil.

“Sebab itu saya pernah cakap dulu, batalkan sahaja liga musim ini dan mulakan semula tahun depan. Mungkin pada tahun depan dah tak ada SOP dan kita boleh bermain secara normal.

“Tetapi, mereka mahu bermain juga sebab mungkin sudah terikat dengan beberapa perkara terutama dari segi hak penyiaran dan sebagainya. Jadi, jika mereka main juga, maka mereka perlu mengikut semua SOP dan menanggung semua kos tersebut.

“Dalam hal ini, semua pasukan yang terkesan perlu mencari dana mulai sekarang jika mahu pasukan berjalan seperti biasa apabila saingan liga bermula nanti.

“Jika tidak, saya khuatir akan ada pasukan terpaksa menarik diri daripada liga nanti. Kita pun tahu banyak pasukan terbeban dengan masalah gaji yang tak bayar dah beberapa bulan. Takkanlah ada pemain yang nak main lagi bila gaji tak bayar,” katanya kepada Sinar Harian.

FAM
FAM MFL

Bagi mengurangkan kos operasi pasukan, beliau juga memberi cadangan agar setiap pasukan bawa 20 orang sahaja ke tempat lawan bagi menjimatkan kos pengangkutan dan penginapan.

“Untuk perlawanan di tempat lawan contohnya, mungkin setiap pasukan hanya membawa 20 orang sahaja iaitu 18 pemain, seorang jurulatih dan seorang pengurus atau kitman.

“Jadi pasukan tidak perlu berbelanja banyak untuk pengangkutan. Jika tidak mereka mungkin kena sewa dua bas untuk bawa pemain kerana perlu ikut SOP.

“Dari segi kos penginapan dan makanan juga boleh dijimatkan jika kita bawa jumlah pemain yang sedikit. Mungkin sebelum ini kos untuk perlawanan di tempat lawan RM20,000, mereka mungkin dah boleh jimat separuh,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Chanathip Percaya Akira Nishino Mampu Bawa Thailand Rampas Takhta “Raja” Asia Tenggara

Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo

Kerana Gaji Terlalu Tinggi, SC Heerenveen Tidak Sambung Kontrak Doan Van Hau