Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League 3, Jalor City FC menunjukkan keprihatinan terhadap situasi sukar yang dihadapi oleh negara jiran mereka beberapa minggu lalu apabila mengambil inisiatif bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Malaysia.

Kelab dari Yala, Thailand itu difahamkan sudah melancarkan bidaan terbuka di atas talian bagi membolehkan para penyokong mereka menderma sambil mendapatkan jersi ‘matchworn’ barisan pemain kesebelasan utama pasukan tersebut

Menurut sumber dikeluarkan Pengurus Besar Jalor City FC, Nurainee Auma menerusi entri di laman Facebook rasmi beliau, bidaan tersebut sudah pun bermula dan akan tamat pada 15 Januari ini.

Bidaan permulaan dilaporkan bernilai 600 Baht (kira-kira RM75), manakala untuk kenaikan bidaan pula telah ditetapkan sebanyak 50 Baht.

Jalor City sememangnya amat cakna dengan keadaan banjir di Malaysia apabila sebelum ini kelab yang kini menduduki tangga ketujuh kempen Thai League 3 (Wilayah Selatan) itu menunjukkan solidariti dengan memaparkan banting ‘#PrayForMalaysia Flooding’ pada perlawanan liga bertemu Songkhla FC, Disember lalu.

Selepas mengharungi 16 perlawanan, Jalor City mencatatkan enam kemenangan, enam keputusan seri dan empat kekalahan untuk meraih 24 mata.

Usaha murni diambil Jalor City ini haruslah dipuji kerana nilai kemanusiaan yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa bola sepak jelas menyatukan tanpa mengira bangsa, agama, mahu pun sempadan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Thai League 3 Umumkan 76 Kelab Bersaing Musim 2021/2022, 5 Kelab Tertakluk Kelulusan Perlesenan

Arteta Minta Maaf Bungkus Awal: “Piala Ini Berkaitan Sejarah Kami”

Piala FA: Kelab Divisyen 3 Tendang Kelab Terkaya Dunia Di Hadapan Pemiliknya

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group