Dalam satu ciapan yang dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Jalil Rasheed hari ini, kami tertarik untuk berkongsi dengan semua pembaca mengenai 5 perkara sesebuah kelab bola sepak perlu pertimbangkan sebelum memasang impian menyenaraikannya di Bursa Malaysia.

Ciapan oleh Jalil Rasheed itu merupakan satu maklumbalas kepada pertanyaan yang dibuat oleh BahasBola berkenaan nasihat kepada pasukan yang mungkin memasang cita-cita melakukan perkara tersebut.

Memulakan balasan, Jalil Rasheed menyatakan bahawa ini adalah topik kegemaran beliau, dimana ia adalah satu ‘long term game‘ dan kelab perlu beroperasi seperti sebuah perniagaan dengan ‘commercial sense‘ dan bukan sebuah ‘vanity project‘ atau sesuatu yang sia-sia.

Perkara 1: Kos Operasi

Menurut Jalil Rasheed, kos operasi yang rendah akan memotong belanja perkara yang tidak diperlukan selain mengendalikan stadium bersaiz lebih kecil yang mampu penuh setiap minggu – stadium seating utilisation.

Beliau juga menyebut supaya menjaga kos sebaik mungkin serta menjelaskan bahawa kelab luar negara yang mencatatkan keuntungan memiliki venue yang kecil dan tidak bergantung kepada jualan tiket sebagai revenue utama.

Perkara 2: Pemacu Hasil Pendapatan

Pelaburan dalam pembangunan pemain adalah salah satu contoh pemacu hasil pendapatan.

Hasil pendapatan terbesar kelab kecil adalah dari penjualan pemain-pemain mereka, namun perkara ini tidak berlaku di Malaysia.

Merchandising juga mungkin boleh menjadi salah satu punca pendapatan, tetapi tidak banyak kecuali untuk kelab yang besar.

Perkara 3: Penajaan

Penajaan – mencari sokongan dari badan korporat yang mampu membantu kelab beroperasi. Kuncinya disini adalah dengan mengetahui berapa kos operasi tahunan dan mencari penaja untuk nilai ini.

Nilai itu akan membolehkan kelab membayar gaji serta lain-lain dan jika ada lebihan dari nilai itu, ia boleh dilaburkan semula untuk kelab.

Perkara 4: Kerjasama (Partnership)

Dalam perkara ke 4 pula, Jalil Rasheed menyatakan bahawa kelab boleh membentuk alliances atau pakatan dengan kelab-kelab diluar negara untuk faedah seperti penempatan pemain, sesi latihan serta pertukaran ilmu dalam industri bola sepak.

Kunci disini adalah fokus kepada apa yang kelab mampu lakukan sendiri dan biarkan orang lain buat perkara yang anda tidak mampu buat sendiri.

Perkara 5: People

Kelab perlu dikendalikan secara profesional oleh orang yang faham dan tahu mengenai sense komersil serta perniagaan.

Sebelum Jalil Rasheed mengakhiri ciapan tersebut, beliau ada menyebut bahawa realitinya adalah akan sentiasa wujud jurang antara kelab besar yang berkemampuan dan kelab kecil yang tidak mampu memilikinya.

“Jadi, anda perlu tahu keadaan sendiri. Lebih baik menjadi kecil tetapi sustainable. Selepas semua ini dilakukan, ada rekod keuntungan yang baik dan baru boleh mempertimbangkan untuk disenaraikan.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Selepas Julang AFC Cup 2019, Daniel Gimenez Dikatakan Bakal Membimbing Pasukan Liga Super Di Lembah Kelang

Media Vietnam Ini ‘Cincai Kira’ Kutip 6 Mata Lawan Malaysia Dan Indonesia, Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan