Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini mengumumkan jenama antarabangsa dari Jerman iaitu Jako, sebagai rakan rasmi badan induk itu bagi menggantikan Umbro.

Ia bermaksud skuad Perak The Bos Gaurus akan memperagakan jersi rekaan Jako dalam saingan Liga Super dan Liga Premier yang dilancarkan pada Januari 2020. Tidak ketinggalan, skuad Futsal Lelaki, Futsal Wanita dan pasukan Bola Sepak Wanita Perak akan mendapat manfaat yang sama.

Jako bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana sebelum ini mereka pernah menjadi jenama rasmi jersi skuad Pahang pada musim 2017. Bagaimanapun, mereka hanya bertahan sehingga pertengahan musim sebelum Pahang menukarkan kepada jenama FILA.

Antara pasukan-pasukan ternama Eropah yang mengenakan jersi berjenama Jako ialah Bayer 04 Leverkusen, VFB Stuttgart (Jerman), SC Heerenveen (Belanda) dan FC Rubin Kazan (Rusia) selain daripada penajaan terhadap pasukan kebangsaan di Eropah dan Asia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.

Liridon Krasniqi Perkuatkan Jentera Tengah Harimau Selatan Musim Depan

Satiananthan Nafi Selangor Cuba ‘Sailang’ Khidmat Mohamadou Sumareh Daripada Pahang

Liga Malaysia 2020: Kurniawan Dwi Yulianto Sah Jurulatih Baharu Sabah