Russia adalah negara terbesar di dunia dengan keluasan 1/8 dari bumi. Kepadatan penduduk sekitar 147 juta dan terkenal dengan novelis agung Leo Tolstoy, Katedral Saint Basil, patung Matryoshkas dan juga Vodka. Tapi ada sesuatu yang juga unik di Russia dan sering menjadi bahan bicara setiap penggiat bolasepak.

Sebelum itu, apakah anda sanggup ber away day ke Borneo/Semenanjung ataupun juga ke negeri jiran? Jarak perjalanan yang jauh, juga kewangan yang terhad mungkin tidak menjadi masalah utama dalam sekolompok penyokong bolasepak. Tapi bagaimana jika jaraknya lebih 10,000 kilometer (km)?

Ya, 10,440 km untuk lebih tepat. Inilah yang terjadi di liga Russia, divisyen kedua (2019/20 Football National League). Kelab yang dimaksudkan adalah Baltika Kaliningrad dan Luch-Energiya Vladivostok.

Baltika terletak di wilayah Kaliningrad barat Russia dan Luch pula terletak di wilayah Vladivostok timur Russia. Kedua-dua kelab ini bertemu pada minggu ke-10 liga (Isnin lepas) di Stadium Kaliningrad, iaitu salah satu venue pada Piala Dunia 2018 Russia lalu.

std kali

Stadium Kaliningrad @ Arena Baltika

Perbandingan jarak antara dua kelab ini direkodkan paling jauh dalam liga domestik dunia. Sebagai contoh, pasukan Luch Vladivostok perlu menaiki kapal terbang selama hampir 13 jam dalam jarak lebih 7,400 km. Jarak dua hala kedua tempat adalah 14,800 km!

google maps

Google Maps: Jarak antara Vladivostok dan Kaliningrad

Bagi penyokong yang kental dan ingin memandu, jarak yang mereka perlu lalui adalah lebih 10,440 km sehala. Jika memandu pada had 100 km/sejam, mereka hanya akan sampai selepas menempuh lebih 4 hari perjalanan.

Berikutan jarak yang terlalu jauh ini, waktu antara dua tempat ini dipisahkan sebanyak 8 jam. Lebih terperinci lagi, Kaliningrad berlalu cepat 2 jam (UTC+2). UTC adalah singkatan Coordinate Universal Time dan Vladivostok pula 10 jam lebih cepat (UTC+10). Zon masa untuk wilayah kita pula adalah (UTC+8).

Kembali semula kepada perlawanan antara Baltika menentang Luch Vladivostok awal minggu lalu, keputusan akhir adalah 0-0. Luch kini di tangga ke-9 liga manakala Baltika pula di tangga ke-14 dalam liga yang mempunyai 20 pasukan.

klia

Google Maps : Jarak dari KLIA ke Soekarno-Hatta International Airport

Secara perbandingan, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe dan pemain ke-12 (Ultras Malaya & co) bakal menempuh perjalanan sejauh 1,213 km untuk perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Harimau Malaya berjaya pulang dengan kejayaan sempena kemerdekaan yang ke-62. AYUH MALAYSIA !

Lain- lain ‘away days’ terpanjang di dunia :
1) Sagan Tosu vs Consadole Sapporo (1,432 km sehala)
2) Sabah FA vs Pulau Pinang FA (1,745 km sehala)
3) Semen Padang vs Persipura Jayapura (4,489 km sehala)
4) Perth Glory vs Wellington Phoenix (5,260 km sehala)

Kenapa segelintir penyokong bola sepak tempatan tidak berani bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Klik pautan dibawah:

Fakta: 74 Kematian Dalam Tempoh 25 Tahun, Bukti Indonesia Antara Negara Paling Ganas Dalam Bola Sepak Asia

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiq Yaakob. Boleh ikuti beliau di sini.
APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group