Penyerang skuad B-22 tahun negara, Jafri Firdaus Chew meluahkan rasa kecewa selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memutuskan untuk tidak menandatangani kontrak bersama beliau.

Menerusi laman media sosial Instagram milik beliau, Jafri memuat naik satu Story dimana bekas pemain Pulau Pinang itu mengkritik cara KFA yang mengumumkan mereka enggan untuk menandatangani kontrak menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi persatuan itu berbanding memaklumkan sendiri kepada beliau.

Jafri Firdaus Chew
Sumber Gambar: Instagram Jafri

Bulan lalu, KFA mengumumkan Jafri Chew sebagai pemain baharu Kedah bagi menghadapi saingan musim 2020 di samping Hadin Azman, Kpah Sherman, Kpah Tchetche, Irfan Zakaria, Zukhairi Zulkepli, Tan Sheang Tsung dan Shahril Saari.

Namun, KFA enggan untuk menandatangani kontrak bersama Jafri Firdaus Chew kerana pemain itu tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak pemain profesional iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang akan diwakili oleh pemain itu.

Akan tetapi, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Jafri sebenarnya telahpun menandatangani kontrak bersama Kedah sejak sebelum pengumuman kemasukannya dibuat justeru KFA dianggap sebagai cuba berdalih dalam hal ini.

Pada saingan musim 2019, Jafri beraksi bersama PKNS FC namun beliau terpaksa mencari pasukan baharu musim hadapan kerana PKNS dijadikan sebagai feeder club kepada pasukan Selangor.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Liga Malaysia 2020: Amin Nazari Isi Kuota Pemain Import Asia Kedah

FC Seoul Menanti Pasukan Kedah FA Jika Layak Ke Saingan Play-Off AFC Champions League 2020

Kpah Dan Kipre Mahu Julang Trofi Bersama Pasukan Kedah