Frank Lampard mengakui pasukannya keletihan kerana jadual yang sangat padat. Namun beliau enggan menjadikan itu alasan utama kekalahan mereka di tangan Wolves.

The Blues kalah 1-2 di tangan Wolves di Molineux – walaupun mendahului terlebih dahulu menerusi Olivier Giroud.

Ini adalah kekalahan kedua berturut turut Chelsea selepas kalah di tangan Everton pada Sabtu lalu.

Lampard menegaskan pasukannya bergelut dengan stamina di atas padang walaupun benci untuk menggunakan alasan itu.

“Mungmin ada isu keletihan melanda. Saya tak suka untuk mengatakan alasan ini selepas kekalahan, sebab ianya seperti satu dalih.”

“Walaupun kami bermain baik pada 60 minit pertama namun kami tidak cukup intensiti [selepas itu].

“Kami berkunjung ke Everton dan kembali semua, seterusnya pergi ke Wolves, namun semua orang melalui perkara yang sama.”

“Pada masa ini, dengan beberapa kecederaan melanda di beberapa bahagian, bermakna saya tidak boleh melakukan banyak perubahan serta penggiliran di bahagian bahagian tertentu.”

“Jadi saya faham dari sudut itu, apabila kamu 1-0 di hadapan dan berjaya mencapai kemenangan, saya tidak akan menyatakan ia kerana keletihan.”

Chelsea hampir pasti mendapat semula khidmat Callum Hudson-Odoi dan Hakim Ziyech yang kini hampir cergas sepenuhnya.

“Hakim dan Callum berharap mereka dapat berlatih pada hujung minggu ini. Tak pasti sama ada mereka cukup cergas untuk berhadapan dengan West Ham.”

Lampard juga menyatakan pasukannya tidak cukup bagus ketika berdepan dengan serangan balas Wolves.

Lampard berkata: “Kami bermain tak cukup bagus. Itu alasan yang sangat mudah.”

“Ancaman daripada Wolves jelas sekali daripada serangan balas. Itu juga merupakan ancaman utama yang mereka ada.”

“Ia menjadi senjata utama mereka kerana mereka ada kelajuan dan kualiti di zon serangan.”

“Pemain pemain kami tahu perkara itu sebelum perlawanan. Namun malangnya kami membenarkan beberapa siri serangan balas daripada mereka.”

“Jika kamu benarkan mereka bermain dengan kekuatan mereka, maka kamu akan tewas dalam perlawanan tersebut.”

Baca juga perkembangan lain

Guardiola Kritik Ketumpulan Pasukannya, 78% Penguasaan, 26 ‘Shot’ Masih Tak Menang

Lampard: Alasannya Mudah, Pemain Kami ‘Perasan’ Bermain Bagus

Edu Minta Penyokong Bersabar, Kerana Arteta Sedang Melakukan Perkara Yang Hebat