Juventus dikejutkan oleh Porto dalam aksi Liga Juara Juara Eropah peringkat 16 akhir bagi pusingan pertama. Juventus akur dengan kekalahan 2-1 di Estadio Do Dragao.

Kesilapan ngeri daripada Rodrigo Bentancur membolehkan Mehdi Taremi menjaringkan gol seawal minit pertama.

https://twitter.com/i/status/1362130350361698314

Perkara yang sama berlaku pada separuh masa kedua. Di mana Juventus bolos awal hanya selepas seminit sepak mula disambung.

Juventus mendapat gol tempat lawan menerusi Federico Chiesa pada lewat perlawanan. Ronaldo dinafikan permintaan penaltinya pada minit minit akhir perlawanan.

Selepas tamat perlawanan, Andrea Pirlo menyatakan bahawa pasukannya bolos dengan dua gol yang aneh.

“Apabila anda melepaskan gol pada minit pertama, yang aneh, adalah perkara biasa bagi pemain untuk kehilangan keyakinan diri, terutama ketika menentang pasukan yang tahu bagaimana bertahan.”

Selain itu, Pirlo juga menyalahkan jadual perlawanan Juventus yang terlalu padat sebagai salah satu penyebab kekalahan itu.

“Dengan jadual perlawanan yang terlalu padat, adalah normal bagi anda untuk tidak dapat mengekalkan fokus dan tempo yang tepat.”

“Tetapi itu tidak seharusnya berlaku dalam perlaawananj 16 terakhir Liga Juara-Juara.”

Juventus turut bergelut dengan kecergasan pemain.

“Malthijs De Ligt sayangnya dia mengalami kekejangan, Chiellini mengalami kesakitan di betisnya dan Morata tidak berada di tahap kecergasan terbaik, kemudian merasa sakit pada lewat perlawanan.”

“Morata belum kembali ke tahap terbaik sejak pulih dari selesema. Dia bermain malam ini kerana kami memerlukannya. Dia mengalami sakit di bilik persalinan selepas perlawanan, merasa seperti mahu pengsan dan terpaksa berbaring. Jadi, dia berada dalam keadaan yang kuran baik.”

Juventus masih memburu kejuaraan Liga Juara Juara Eropah pada era kegemilangan mereka pada era moden ini.

Ianya juga sebab kenapa mereka menandatangani Ronaldo dari Real Madrid.

Baca juga perkembangan lain

Analisis: PSG Gempur Barcelona Tanpa Risau Dengan Sistem ‘Wide Target Man’

UCL: Liverpool Cerahkan Peluang Ke Suku Akhir

Bagaimana Serie A Berjaya Menarik Bidaan €850 Juta Semusim Dari DAZN