Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi jaminan jadual liga yang akan dikeluarkan mereka tidak menganggu aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pasukan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ghani Hassan berkata pihaknya telah mempertimbangkan segala aspek mengenai pasukan kebangsaan sebelum mengeluarkan jadual.

Jadual
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Merujuk kepada jadual sehingga Disember depan, setelah perlawanan kelayakan Piala Asia/Piala Dunia itu beberapa kali tertangguh, liga (dijangka) akan bermula 1 atau 2 September dan berakhir pada bulan yang sama diikuti Piala Malaysia.

“Jadi jadual perlawanan Malaysia menentang UAE dan Vietnam telah kami bahagikan (pertimbangkan) dan selepas itu barulah pusingan pertama Piala Malaysia dimulakan,” kata Datuk Ghani menurut laporan Stadium Astro.

Langkah yang diambil oleh MFL ini dilihat membantu pasukan negara namun pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya menghadapi kekangan masa dan bimbang ada pemain yang mengalami kecederaan.

Jadual
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Oleh kerana liga sudah terhenti lama, pemain tidak dapat berlatih dengan sepatutnya.

“Apabila tiba-tiba ada tujuh perlawanan liga September depan, itu yang menyebabkan pemain dilanda kecederaan dan keletihan, ia menjadi kebimbangan saya.

“Saya harap tunjang pasukan berada dalam keadaan terbaik. Kalau ada pemain lain yang menonjol, saya akan berikan peluang tetapi pemilihan skuad kali ini bukan tugas mudah buat saya,” kata Cheng Hoe.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

FAM Dapat Surat Kelulusan Daripada FIFA, Liridon Krasniqi Kini Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Kobe Chong: Satu Penghormatan Besar Untuk Wakili Malaysia

Harry Edge Sedia Untuk Beraksi Bersama Skuad Harimau Malaya