Malaysian Football League (MFL) semalam telah kemaskini jadual rasmi musim baharu Liga Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada hari Jumaat, 4 Mac dengan empat perlawanan Liga Super 2022, manakala saingan Liga Premier 2022 akan bermula pada Sabtu, 5 Mac.

Menurut kenyataan rasmi, penjadualan ini telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  1. Kalendar FIFA 2022 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan
    Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023
  2. Pertandingan AFC Champions League 2022 dan Pertandingan AFC Cup 2022
  3. Pertandingan Piala FA 2022
  4. Pertandingan Piala Malaysia 2022
  5. Hari pelepasan am persekutuan dan negeri 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  6. Tempoh rehat dan perjalanan kelab minima 2 hari (48 jam) turut diambil kira terutama isu logistik dan penerbangan ke Sabah dan Sarawak

Klik untuk muat turun jadual terkini Liga Super 2022 dan Liga Premier 2022.

Malah, MFL kali ini membuat pembaharuan apabila memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu 8.15 malam dengan tujuan untuk meningkatkan nilai komersial liga dan menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium.

Berdasarkan jadual Liga Malaysia musim ini, terdapat tiga waktu berbeza akan digunakan iaitu 7.30 malam (Sabah & Sarawak) 8.15 malam dan 9 malam, manakala untuk perlawanan di bulan Ramadan ia kekal dengan waktu sepak mula 10 malam dan 9.15 malam (Sabah & Sarawak).

“Berdasarkan kajian yang dibuat, apabila lebih awal perlawanan diadakan, ia membuka peluang lebih besar kepada pelbagai jenis peminat untuk membawa anak-anak mereka dan keluarga ke stadium.

“Malah, dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, biasanya lepas habis perlawanan, kedai makan dan perkhidmatan lain ditutup dengan lebih awal.

“Jadi, dengan sepak mula yang baharu ini, kita boleh merasai satu hari itu hari bola sepak, beri peluang kepada peminat dan kelab untuk menjana pendapatan lebih banyak ketika hari perlawanan. Ini pembaharuan yang kita mahu maklumkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam dalam Harian Metro.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022

RASMI: Luno Diumumkan Selaku Rakan Pelaburan Kripto, Penaja Liga Super Malaysia Dan Piala Malaysia 2022

Kim Pan-gon Bakal Adakan “Interview” Dengan Tujuh Calon Pembantu Jurulatih