Saingan Liga Malaysia musim 2020 perlu bersambung lebih awal pada bulan Ogos ini apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan September hingga November depan sebagai tempoh baru untuk menyambung semula saingan AFC Champions League (ACL).

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John mengesahkan perkembangan itu dan menegaskan AFC perlu segera menghabiskan saingan ACL untuk mencari wakil Asia ke Piala Dunia kelab pada bulan Disember ini.

“Perlu diingatkan di sini bahawa AFC terpaksa menghabiskan liga ini (ACL) sebelum bermulanya Piala Dunia Kelab.

“Kami perlu mencari juara, jadi Disember depan tidak boleh digunakan tetapi liga domestik boleh dijalankan sehingga 31 Disember depan.

“Setakat ini, belum ada sebarang pasukan yang ingin menarik diri. Kita perlu lihat perancangan dan pelaburan mereka. Siapa yang melakukan pelaburan yang lebih besar tidak akan menarik diri,” katanya dalam Astro Awani.

Undang-Undang

Johor Darul Ta’zim (JDT) satu-satunya wakil Malaysia yang bertanding di saingan kelab elit Asia itu. Jadual terbaharu ACL itu akan menjadikan jadual perlawanan selepas ini lebih padat kerana ia turut bertembung jadual Liga Super dan Piala Malaysia.

Situasi itu berlaku disebabkan perjalanan bola sepak domestik dan antarabangsa terhenti sejak Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Bagi melancarkan semula perjalanan ACL, AFC turut merombak format kejohanan itu, antaranya menerusi format satu tuan rumah bagi setiap kumpulan.

“Kami perlu mencari tuan rumah yang dapat memberikan sedikit kebebasan tetapi perlu diingat, segala aspek kesihatan perlu diambil kira. Itu yang penting.

“Yang kedua, ia melibatkan infrastruktur kesihatan negara tuan rumah itu sendiri.

“Mereka mesti mempunyai satu infrastruktur seperti hospital yang terbaik dan juga mempunyai satu protokol untuk merawat ataupun memberikan sokongan kesihatan kepada pasukan-pasukan dan sebagainya,” tambahnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak Malaysia yang kami sediakan untuk anda.

Bekas Penjaga Gol Selangor, Jamsari Sabian Mahu ‘Let Go’ Medal Juara Liga Premier, Piala FA, Dan Piala Malaysia 2005

Ini Rupa Terkini Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selepas Dinaik Taraf

Sumareh Terhutang Budi Kepada Inspektor Nasir, Dedahkan Dollah Salleh Bertanggungjawab Tukar Corak Permainannya