Pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho menegaskan bahawa dia sangat gembira di kelabnya kini – Borussia Dortmund.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas Dortmund mengesahkan bahawa pemain itu akan kekal.

United diketahui sangat mahukan pemain berusia 20 tahun itu. Sancho adalah sasaran perpindahan utama mereka musim panas ini, tetapi United tidak mahu memenuhi harga permintaan Dortmund yang mahukan sekurang kurangnya £110 juta pound.

Pengarah Urusan Dortmund Michael Zorc menegaskan Sancho tidak akan pergi ke mana-mana selepas United terlepas tarikh akhir untuk membuat tawaran, dengan pemain sayap itu kemudian dimasukkan dalam skuad pra musim mereka.

Kelab Jerman itu memulakan kem latihan mereka dengan kemenangan yang selesa pada semalam, dengan Sancho bermain selama 45 minit.

Selepas tamat perlawanan persahabatan itu, Sancho mengisyaratkan dia akan senang tinggal di Westfalenstadion.

“Saya suka bermain dengan rakan sepasukan saya di sini. Ini adalah kumpulan istimewa.”

“Kami mempunyai beberapa pemain muda istimewa di masa yang akan datang,” kata Sancho kepada wartawan selepas perlawanan.

“Saya sangat gembira dapat berkongsi semangat dengan mereka dan membimbing mereka. Saya berada dalam kedudukan mereka, bermain dengan senior. Saya gembira untuk mereka.”

“Saya bergabung dengan pasukan senior ketika berumur 17 tahun. Saya pernah berada di situasi itu dan melakukannya.”

“Saya boleh membimbing mereka dalam perkara yang baik dan yang tidak. Semoga saya dapat memotivasikan mereka juga. ”

Pemain baru Jude Bellingham juga terlibat dalam perlawanan dan membantu menjaringkan gol untuk Erling Braut Haaland.

Di mana kedua-duanya juga pernah dikaitkan dengan Manchester United tahun ini.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Sancho Secara Rasminya Sertai Latihan Di Switzerland

McTominay: “Tanpa Ragu, Messi Lebih Bagus Daripada Ronaldo”

Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer