Pemain berdarah kacukan Malaysia, Jaami Qureshi menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad B-18 tahun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brighton & Hove Albion.

Menurut informasi yang dikongsi oleh Harimau Abroad, di laman media sosial Twitter, Jaami terlebih dahulu menandatangani kontrak bersama skuad B-18 tahun sebelum menandatangani kontrak profesional apabila umur pemain itu mencecah 17 tahun.

Jaami tersenarai dalam skuad B-18 tahun Brighton bersama empat pemain lain dari skuad B-16 tahun yang diserapkan ke dalam skuad bimbingan Mark Beard bagi saingan musim hadapan. Empat pemain tersebut ialah Zak Sturge, John Lucero, Toby Collyer dan Marcus Ifill.

Pemain berusia 17 tahun ini disebut-sebut bakal menyertai skuad B-19 tahun negara bagi menghadapi saingan AFC B-19 tahun di Uzbekistan pada Oktober ini. Namun, pengendali pasukan, Brad Maloney mempunyai perancangan lain.

Baca artikel lain mengenai Jaami Qureshi di sini:

Jaami Qureshi Tersenarai Dalam Skuad B-18 Tahun Brighton & Hove Albion

FAM Mahu Uji Jaami Qureshi Sebelum Sertai Skuad B-19 Tahun Negara

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM